Saturday, March 21, 2009

My Best Friend's Wedding

Pada hari ahad 15hb Mac 2009 berlangsungnya perkahwinan sahabat baik aku Syam & pasangannya Miza di rumah pengantin perempuan di Cheras Perdana. Mizi tiba rumah aku pada jam lebih kurang 10.30 pagi. Dia dtg sbb nak cari kain samping & songkok. Tapi aku cuma ada kain samping aje le. Songkok kena pinjam dari sedara Syam. Aku bukannya OP. Tapi saja gatal nak shoot wedding kawan aku ni jugak...


Kita dapat tgk keakraban 2 sahabat ni. Nasib baik syam kawin. Kalo tak aku igt dia ni makhluk 2 alam dgn Mizi kehkehkeh... jadi mmg dah terbukti le dorg ni lelaki tulen...




Ni posing dari rakan JMD Putrajaya yang dapat menghadirkan diri ke kenduri kahwin syam. Puas gak dorang control ketampanan & keayuan masa gambar ni nak diambil. Sempat colek pengapit lelaki lagi tu...


Syam tak sempat sambut bachelor party. Jadi dia melepaskan gian menari depan rakan2 JMD...


Pengantin lelaki diarak menuju ke rumah pengantin perempuan. Apa laaa nasib aku takde gambar kat dalam ni iskkk...



Pengantin perempuan asalnya dari Johor. Jadi dorang kenakan tol le bila pengantin lelaki nak masuk. Tapi Mizi nak guna smartag. Dia ckp smartag dia ofis dia sponsor...


Bermulanya majlis Persandingan 2 mempelai. Syam plak dapat call. Agaknya dia keja partime jd customer service kot... setahu aku, keja syam ni cikgu disiplin...

Semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia ke anak cucu... insya-Allah


Masa pengantin nak bersantap, sempat plak dorang buat kacau. Sume tu rakan Protech. Yang pegang anak tu le Presiden Protech iaitu bro Boy...


Aku dah tension sbb takde muka aku. Jadi aku sempat menyelit sekejap menambahkan gangguan pengantin bersantap hehehe...


Haaa comel tak awek ni... ada rakan Protech yg minta aku amikkan gambar dorang ni. Ada yg dah terminat plak. Agaknya sapa org tu? Nak tau kena belanja aku Restoran Berputar KL Tower hehehe...


Mizi sempat bergambar dgn emak & adik syam...


Kenduri belum habis lagi tapi aku dah colek pengantin untuk shoot outdoor. Kena buat cepat2 sbb langit dah nak gelap tu...


Ini apa hal plak ni. Mizi plak yg colek pengantin pompuan. Nak kena kejar parang dgn Syam jap lg ni...


Tu dia... Pengantin dah bagi aksi posing. Terima kasih banyak kpd mizi sbb dia tlg pegangkan speedlite aku. Kalo Mizi takde mmg gambar aku amik ni jadi hancur huhuhu...





Gambar ni mencetuskan skit kontroversi. Ada ke bawa pengantin gi minum kedai mamak... abis sume org satu kedai tgk kekeke... lawak betul le korang... orang2 kat rumah pengantin dah bising sbb pengantin hilang ooo...

Sunset kat rumah aku


Friday, March 13, 2009

pic kredit kpd amyrol (as a photographer) & fendi (tukang edit - rakan wise putrajaya)


dah lama aku tak update blog aku ni. laptop aku rosak. hardisk kong iskkk... skrg ni kwn aku cuba selamatkan file pic yg aku dah shoot. silap aku sbb tak save file dlm external. jd pengajaran utk aku... padan muka aku...


iskkk pic Hutan Belum sume dlm tu... arghhhh tension...





bole tgk pic aku dlm flickr... sini