Wednesday, March 25, 2020

Hari ke 8 - Malaysia dlm Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Assalamualaikum...

Dah lama sgt aku tak update blog ni. Disebabkan asik melepak merempat mereput kat rumah, jadi aku nak tulis serba skit. Gatal plak tgn nak menaip...

Hari ni sudah masuk hari ke 8 Malaysia dlm Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan terjadinya wabak Covid-19 (virus Corona) yg melanda seluruh dunia skrg ni. Apa tu Covid-19 ni ye... aku pun tak brape pasti sgt. Cuma yg aku dibgtau, dunia ni bole dikatakan setiap 100 tahun akan mengalami sesuatu nightmare... slalunya wabak penyakit yg meragut nyawa ramai org. Malaysia tidak terkecuali. Mungkin negara kita ni lmbt skit, tapi skali dia dtg, mmg terasa sgt2 le. Time tu le kita akan melepak terkurung dlm rumah dlm satu jangka masa yg agak lama. Depend pd pengumuman kerajaan le...



Kali ni mungkin aku byk skit menaip kot. Aku sbnrnya bukan suka bab menaip ni. Rasa letih ooo... terkial2 nak cari huruf. Dulu masa kat ofis aku slalu guna AutoCAD je. Jarang sgt bab menaip2 ni... Aku cuba kurangkan menaip... aku cuba masukkan gmbr. Bukannya gmbr yg aku snap tau... ni gmbr yg berlegar2 dlm wasap & telegram yg aku dpt. Kalo join 10 group, gmbr yg sama le yg kuar 10 kali. Kekadang lebih 10 kali. Penuh memori dgn gmbr yg sama je... ampesss



Apa itu virus Corona?

Nama virus ni mcm nama awek mat saleh kannn... bunyi sedap... Corona. Tapi bisanya... mmg mengerikan. Nama yg betul Coronavirus Disease-2019. Nama manjanya Covid-19. Dikenali juga sebagai wabak nCov (Novel CoronaVirus). Ia juga dikenali dgn nama Virus Wuhan sbb dijumpai kali pertama di bandar Wuhan, Hubei, China.

Dalam bahasa Latin, corona bermaksud mahkota. Ini disebabkan bentuk permukaan virus tu mcm mahkota atau matahari. Bole tgk gmbr...



Virus ni menyebabkan penyakit gangguan pernafasan yg teruk, sama seperti SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) & MERS (Middle East Respiratory Syndrome). Wabak ni start mengamuk dari Hubei, China pd akhir tahun 2019. Sekarang ni dah makin teruk melarat ke seluruh dunia dan menyebabkan byk kematian.



nnti ada masa aku sambung lg ye... byk benda yg nak diceritakan ni. Ini adalah benda yg sgt2 jarang terjadi pd dunia. Bapak aku sendiri kata seumur hidup dia tak penah lg terjadi mcm ni... jd aku akan cite skit2 yg aku tau... adiosss

Thursday, June 20, 2013

Tanda-tanda Akhir Hari Kiamat

“Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?" Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. (mafhumnya)"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Asap, Dajjal, Binatang melata di bumi, Terbitnya matahari sebelah barat, Turunnya Nabi Isa A.S, Keluarnya Yakjuj dan Makjuj, Gerhana di timur, Gerhana di barat, Gerhana di jazirah Arab, dan Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka."


Asap. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Dajjal. Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Binatang melata di bumi. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Terbitnya matahari sebelah barat

Turunnya Nabi Isa A.S. Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Gerhana di timur

Gerhana di barat

Gerhana di jazirah Arab

Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka
Wallahua'lam

Wednesday, June 19, 2013

9 Jenis Anak Syaitan.


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2.
Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

Thursday, June 13, 2013

Misc.1



Tuesday, June 4, 2013

Family Gathering di Cameron Highlands




Pertemuan family di Cameron Highlands ni pada Jumaat 6 Julai 2012... Aku booking 2 apartment 2 bilik di Equatorial Cameron Highlands utk 2 mlm. Apartment Equatorial ni terletak Brinchang, di kawasan yg paling tinggi di Cameron Highlands ni... kira-kira 1,628 meter diatas paras laut. Mmg terasa amat nyaman skali... kebetulan plak masa tu lps hujan, mmg terasa amat sejuk sekali. Tak perlu nak pasang aircond. Dlm apartment tu pun mmg takde aircond pun... sejuukkkkkk trrrgrrr (bunyi gigi berlaga)...

Equatorial Cameron Highlands
Antara view di Equatorial CH

Lepak kat lobby... letih gak perjalanan dari KL

Apartment 2 bilik yg disediakan mmg besar. Berpatutan dgn harganya.


Selama 3 hari kami kuar jejln sekitar Cameron Highlands ni. Aku pun dah lupa setiap nama tpt yg dilawati. Tgk aje le gmbr yg aku uplod... ehehehe






 






Untuk melihat lebih byk gmbr, tgk kat sini >> http://www.flickr.com/photos/ajimns/sets/72157630420520098/


Waktu promosi sememangnya terbaik!!!

Seorang PENJAHAT ditembak polis dan koma. Kemudian dia bermimpi dibawa malaikat ke NERAKA.. Tapi dia terkejut kerana di NERAKA ramai orang berdisco, minum arak, judi, banyak pula artis-artis cantik, dan lain-lain...

Dia cepat-cepat ingin masuk, tapi ditahan oleh IBLIS penjaga pintu: "Tunggu dulu! Waktumu belum tiba.. Kembalilah ke dunia, buatlah yang LEBIH JAHAT lagi maka kau pasti akan MASUK NERAKA!"

Akhirnya dia sedar dari koma dan dia berbuat LEBIH JAHAT lalu akhirnya ditembak mati. IBLIS dengan segera menghantarnya ke NERAKA...

Tapi dia terkejut kerana di dalam NERAKA banyak api, bau hamis darah, banyak binatang berbisa dan banyak teriakan meminta pertolongan..

Bingung dan ketakutan PENJAHAT itu berkata: "Aikkk.. Waktu yang lalu NERAKA tidak begini...?


IBLIS tersenyum dan berkata: "Oh, Waktu itu promosi bro"

Wednesday, May 29, 2013

Farewell... USIM Student..

Dah byk benda yg aku shoot samada shoot suka2 atau shoot utk job. Aku akan upload serba skit shoot yg pernah aku buat. Kali ni aku upload shoot utk job bersama Ejump HHP Di USIM Nilai, Negeri Sembilan pd 24 April 2011... Thanks kpd Syahirah Rusli & rakan2 atas kerjasama yg diberikan... korang mmg besttt!!!
Good luck to u all...