Sunday, November 8, 2009

hari ni dah ahad 08/11/09


fuhhhh lama gile aku x update blog aku ni... bukan apa. bole dikatakan tiap mggu aku kuar shoot. lps shoot nak pilih gmbr. dah pilih nak kena edit plak. pastu gmbr tu nak kena upload dlm flickr plak. mcm2 gmbr yg aku dah upload. gmbr model, hari raya, nature... mcm2 ada. bole tgk kat flickr aku DISINI

baru ni aku dpt invitation utk join group Getty Images. actually aku blum ready lg. tapi disbbkan dah dpt invitation join aje le. dah dpt peluang takkan nak tggu lg kan. nak jugak aku polow beberapa kwn aku yg dah tahap level profesional dlm bidang photography ni. aku pun nak cuba merebut peluang ni. mana tau ada plak rezeki aku kat sini...




Saturday, September 5, 2009

Wednesday, June 24, 2009

BULAN REJAB

Email ni aku dapat dari seorang rakan. Hari ni bersamaan 1 Rejab 1430 hijrah... sama2lah kita mengamalkannya...

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Thursday, June 18, 2009

Masjid Putrajaya

Pic masjid ni diambil sebelum aku gi shoot Hot Balloon di Putrajaya. Masa ni jam lebih kurang 7.30 am...



Ni antara pic Hot Balloon yg sempat aku shoot. Cuaca agak mendung...



Nak tgk pic balloon lain, klik sini

Tuesday, June 16, 2009

Majlis Bertandang... Aimi & Syahnaz


Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Taman Rasah Jaya, Seremban pada sabtu 13/06/09. aku turut diundang utk turut serta. jadi sempat aku shoot sedikit sebanyak pic.

Ketika tiba di kawasan rumah pengantin lelaki. Lepak dulu kat rumah persinggahan kejap...


amboiii... Pak Lang sempat lg posing tu...






Mula bergerak ke rumah pengantin lelaki...





Aku minat plak tgk kanak2 ni... dasat gak tgk dorg bole main alatan muzik tradisional...







Pengantin bergambar dgn parent pengantin perempuan...

Bergambar bersama family pengantin perempuan

Sebelum balik, parent pengantin lelaki & perempuan sempat bergambar bersama...

Majlis Persandingan Sepupu Syahnaz & Aimi

Lama betul aku tak update blog aku ni. penyakit malas melanda mmg susah nak cari ubat...

Majlis persandingan Syahnaz & Aimi ni berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jln. Semarak pada hari ahad 06/06/09. aku tak byk shoot sbb dah ramai photog. malas nak berasak2 dgn dorg. ni skit shoot yg dpt aku amik...














Pic masa bertandang nanti aku update kemudian. haaa yg tu baru ada byk skit pic aku amik...

Saturday, March 21, 2009

My Best Friend's Wedding

Pada hari ahad 15hb Mac 2009 berlangsungnya perkahwinan sahabat baik aku Syam & pasangannya Miza di rumah pengantin perempuan di Cheras Perdana. Mizi tiba rumah aku pada jam lebih kurang 10.30 pagi. Dia dtg sbb nak cari kain samping & songkok. Tapi aku cuma ada kain samping aje le. Songkok kena pinjam dari sedara Syam. Aku bukannya OP. Tapi saja gatal nak shoot wedding kawan aku ni jugak...


Kita dapat tgk keakraban 2 sahabat ni. Nasib baik syam kawin. Kalo tak aku igt dia ni makhluk 2 alam dgn Mizi kehkehkeh... jadi mmg dah terbukti le dorg ni lelaki tulen...




Ni posing dari rakan JMD Putrajaya yang dapat menghadirkan diri ke kenduri kahwin syam. Puas gak dorang control ketampanan & keayuan masa gambar ni nak diambil. Sempat colek pengapit lelaki lagi tu...


Syam tak sempat sambut bachelor party. Jadi dia melepaskan gian menari depan rakan2 JMD...


Pengantin lelaki diarak menuju ke rumah pengantin perempuan. Apa laaa nasib aku takde gambar kat dalam ni iskkk...



Pengantin perempuan asalnya dari Johor. Jadi dorang kenakan tol le bila pengantin lelaki nak masuk. Tapi Mizi nak guna smartag. Dia ckp smartag dia ofis dia sponsor...


Bermulanya majlis Persandingan 2 mempelai. Syam plak dapat call. Agaknya dia keja partime jd customer service kot... setahu aku, keja syam ni cikgu disiplin...

Semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia ke anak cucu... insya-Allah


Masa pengantin nak bersantap, sempat plak dorang buat kacau. Sume tu rakan Protech. Yang pegang anak tu le Presiden Protech iaitu bro Boy...


Aku dah tension sbb takde muka aku. Jadi aku sempat menyelit sekejap menambahkan gangguan pengantin bersantap hehehe...


Haaa comel tak awek ni... ada rakan Protech yg minta aku amikkan gambar dorang ni. Ada yg dah terminat plak. Agaknya sapa org tu? Nak tau kena belanja aku Restoran Berputar KL Tower hehehe...


Mizi sempat bergambar dgn emak & adik syam...


Kenduri belum habis lagi tapi aku dah colek pengantin untuk shoot outdoor. Kena buat cepat2 sbb langit dah nak gelap tu...


Ini apa hal plak ni. Mizi plak yg colek pengantin pompuan. Nak kena kejar parang dgn Syam jap lg ni...


Tu dia... Pengantin dah bagi aksi posing. Terima kasih banyak kpd mizi sbb dia tlg pegangkan speedlite aku. Kalo Mizi takde mmg gambar aku amik ni jadi hancur huhuhu...





Gambar ni mencetuskan skit kontroversi. Ada ke bawa pengantin gi minum kedai mamak... abis sume org satu kedai tgk kekeke... lawak betul le korang... orang2 kat rumah pengantin dah bising sbb pengantin hilang ooo...